Isnin, 15 Ogos 2016

sekolah Rendah Islam Al-Fikriyyah

Sekolah Rendah Islam Al-Fikriyyah adalah sebuah institusi yang bergerak sebagai pembina ummah islam yang berilmu dan berakhlak dimana penekanan pengajaran diberi mengikut tahap penerimaaan pelajar yang mengikuti pendidikan di sini supaya mereka mudah memahami dan menerima pelajaran dengan sempurna. Sekolah Rendah Islam Al-Fikriyyah membahagikan module pembelajaran kepada lima (5) bahagian iaitu:

  • Iqra Interaktif
Module ini direka untuk menarik minat murid-murid untuk membaca Al-Quran dengan lebih cepat dan efektif. Module Iqra Interaktif ini telah direka mengikut kepada kehendak sukatan kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana kini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan matlamat supaya dapat membantu murid dalam mempelajari membaca Al-Quran dengan mudah dan cepat. Kaedah yang akan digunakan oleh instruktor (guru) Al-Fikriyyah adalah murid-murid akan diajar asas Al-Quran supaya dapat mengenali bentuk atau tulisan dan sebutan bagi setiap huruf tunggal hijaiyah. Disamping itu, pelajar akan dilatih untuk menghafal surah-surah lazim di dalam A-Quran.
  • KAFA
Sistem KAFA di Global Thinkers Academy mempunyai ciri-ciri istimewanya yang tersendiri jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah KAFA yang lain. Pendidikan KAFA di Global Thinkers Academy mengfokuskan tumpuan pelajaran dan pembelajaran kepada murid-murid kerana bilangan pelajar yang terhad di dalam kelas, suasana kelas yang berhawa dingin akan menjadikan anak-anak anda lebih fokus dan menikmati waktu pembelajarannya. Sistem KAFA disini juga menekankan pembelajaran AL-Quran secara "Tahfiz" iaitu dilatih utnuk menghafal Al-Quran dan diajar makna bagi setiap surah didalam Al-Quran. Sistem KAFA ini bermatlamat untuk membentuk "Al-Quran bergerak" dalam menyampaikan dakwah dan ilmu yang dimilikinya kelak.
  • Tahsin Tahassan
Module Tahsin Tahassan akan mendedahkan beberapa kaedah atau teknik asas dalam pembelajaran Al-Quran, ilmu asas tajwid, makhroj, fasahah dan pelbagai lagi dengan cara pendekatan yang lebih mudah dan menyeronokkan. Malah, pelajar akan turut dilatih untuk menghafal surah-surah lazim dengan bimbingan ustaz atau ustazah yang berpengalaman. 
  • Celik Jawi
Module celik jawi adalah suatu sistem pembelajaran yang akan didedahkan tentang sistem tulisan jawi. Tujuan module celik jawi direka adalah kerana sejarah tanah melayu di zaman lampau telah menunjukkan bahawa bahasa jawi dan bangsa melayu itu sendiri adalah sungguh akrab. Sejarah juga telah membuktikan bahawa tulisan jawi pernah menjadi wacana bahasa yang telah mengangkat tahap keilmuan di mercu kegemilangan pada suatu masa dahulu. Module celik jawi ini bermatlamat untuk menyemarakkan lagi rasa cinta  pada tulisan jawi juga membantu pelajar untuk cemerlang dalam subjek pendidikan islam dan subjek KAFA.

  • Tahfiz Tadabbur
Suatu module yang telah dirangka bagi membantu pelajar ubtuk menghafaz dan memahami Al-Quran.  Teknik tahfiz tadabbur ini dirangka untuk disesuaikan dengan mereka  yang tidak mempunyai asas bagi bahasa arab. Pelajar akan dilatih untuk menghafal ayat-ayat suci al-quran menggunakan teknik interaktif yang mana melibatkan pergerakan tubuh badan untuk membantu dalam proses penghafalan. Pada masa yang sama, pelajar turut akan dilatih untuk menghafal maksud ayat-ayat suci al-quran sebagai suatu proses kefahaman. Module Tahfiz Tadabbur ini mempunyai tiga matlamat iaitu; 'menghafal', 'fahami' dan 'hayati' yang menjadi kunci kepada program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan