Isnin, 1 Ogos 2016

Mengenai Kami

Global Thinkers Academy (GTAs) adalah sebuah pusat pengajian bahasa dan agama yang mementingkan keseimbangan diantara pendidikan dan moral dikalangan warga kerja Global Thinkers Academy dan pelanggan mereka. Melalui moto perniagaan Global Thinkers Academy iaitu "We Create Future Leaders" telah meletakkan asas keagamaan sebagai asas perniagaan mereka untuk diterapkan kepada para anak-anak pelanggan seperti yang telah diamanahkan kerana kami memegang hadith Abu Hurairah R.A. yang mana Rasullulah S.A.W bersabda: Sesungguhnya aku bagi mu adalah seperti orang tua kepada anaknya. (Hadith riwayat Abu Dawud, Nasa'i dan Ibnu Hibban. Kami sebagai warga kerja di Global Thinkers Academy (GTAs) ini nekad dan iktikad dalam menjalankan tugas dan amanah dalam membentuk keperibadian para pemimpin masa hadapan yang berkualiti tinggi dengan menjadikan mereka di didik dengan asas agama yang mapan dalam menjadikan pusat kami adalah sebuah pusat dakwah yang terbaik dan mereka sebagai sebuah aset negara yang utuh seperti mana hadith riwayat Imam Al-Bukhori dan Muslim iaitu "Barangsiapa yang mengkehendaki kebaikan di dunia maka dengan ilmu. Barangsiapa yang mengkehendaki kebaikan di akhirat maka dengan ilmu. Barangsiapa yang mengkehendaki keduanya maka dengan ilmu."

Global Thinkers Academy (GTAs) juga menyediakan khidmat pengurusan untuk aktiviti-aktiviti luar di peringkat sekolah rendah, menengah dan di institusi-institusi pendidikan tinggi seperti fasilitator, penyedia module-module kem motivasi dan Global Thinkers Skilled Programme yang mana warga-warga fasilitator diambil dari kalangan warga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai pengalaman fasilitator. Tujuan Global Thinkers Academy dalam melibatkan golongan pelajar IPT dalam perniagaan kami ini adalah kerana kami ingin berkongsi rezeki bersama mereka juga motif utama adalah untuk memandu, menggilap dan mengembangkan potensi dalam diri setiap remaja dan belia yang ada melalui program pembangunan jatidiri yang menyeluruh. Menurut hadith riwayat Mutafaq 'Alaihi dari Ibnu Umar r.a melaporkan: Rasulullah s.a.w telah bersabda "Seorang muslim adalah saudara (lain) muslim, ia tidak kesalahan dia juga tidak menyerahkannya kepada orang yang tidak dia salah jika ada memenuhi kebutuhan saudaranya, Allah akan memenuhi kebutuhannya, jika satu mengurangi seorang muslim dari kesulitan, Allah s.w.t akan mengurangkan kesulitannya pada hari kiamat, dan jika ada yang menutupi seorang muslim (dosa-dosanya), Allah akan menutupi dia (dosa-dosanya) di Hari Kebangkitan.

Sekiranya anda berminat untuk bersama kami untuk menjalin hubungan perniagaan disamping berdakwah bersama maka sila hubungi kami di 03- 6122 0489 (pejabat)