Selasa, 20 September 2016

Program Historace

Program Historace yang dijalankan oleh Global Thinkers Clan (GT Clan) pada 17 September 2016 bersempena Hari Malaysia telah membawa seramai 30 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang membawa kepada 10 orang fasilitator yang terdiri daripada lelaki dan wanita telah dijalankan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Lokasi bagi Program Historace ini telah dijalankan bermula dari LRT Masjid Jamek ke Dataran Merdeka kemudian ke Galeri Seni Alatan Muzik lalu menuju ke destinasi Kompleks Sultan Abdul Samad seterusnya ke Muzium Tekstil akhirnya peserta dibawa melawat ke Galeri Kuala Lumpur. Setiap aktiviti yang dijalankan di sepanjang Program Historace berlangsung adalah bertujuan untuk memupuk sifat para lelaki dan wanita untuk sentiasa merendah diri kerana disitulah terletaknya salah satu tiang kepada makna sebenar "merdeka". Aktiviti seperti yang dijalankan di Kompleks Sultan Abdul Samad iaitu makan nasi yang digaul bersama garam ataupun ubi keledek yang dimakan bersama garam bertujuan untuk mengingatkan kepada generasi terkini akan perjuangan yang telah dikorbankan orang-orang tua generasi terdahulu untuk kita generasi sekarang menikmati akan nikmat "Kemerdekaan" dan"Hari Malaysia". Aktiviti yang dijalankan semasa Program Historace di Galeri Seni  Alatan Muzik iaitu peserta diminta untuk memberi tiga nama alatan muzik berserta negeri alatan muzik dan aktiviti di Galeri Tekstil iaitu peserta diminta untuk membuat tengkolok daripada kain pelikat yang dibawa oleh fasilitator adalah bertujuan untuk menyedarkan generasi muda yang terleka ini bahawa sebenarnya kita masih tidak sebenar-benarnya bebas daripada pengertian "penjajahan" dan "kemerdekaan" itu sendiri. Kita dapat melihat budaya K-POP (Korea) dan Hollywood (Barat) semakin menular dalam hati dan perilaku generasi kini yang mana sehingga membuat mereka menutup mata akan persempadanan hukum agama, nilai estetik malaysia serta nilai penerimaan/kemasukan budaya luar ke rakyat Malaysia sudah semakin terhakis. Jadi motif utama GT Clan membawa program sedemikian ke tengah masyarakat adalah untuk membimbing masyarakat muda ke aturan perjalanan yang sebenar kerana nilai estetik negara malaysia bukannya diletakkan dibawah telunjuk budaya luar seperti mana pepatah yang diucapkan oleh Pahlawan Melayu, Panglima Hang Tuah "Tidak akan hilang melayu di dunia" masihkah relevan dengan zaman kini sekiranya tidak diatasi permasalahan yang ada? Persoalan yang perlu dirungkaikan adalah "adakah kita menjadi tuan di tanah air sendiri ataupun kita yang diperhambakan di tanah air sendiri?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan