Selasa, 13 September 2016

Program Cuti Sekolah September 2016





Tempoh pembesaran seorang anak ini adalah merupakan "slide" (tayangan) kepada kisah perjalanan kehidupan kita pada masa yang telah lalu. Bagi anak-anak,  mereka melihat dan meneladani perilaku dan personaliti para ibu dan ayah malah apa yang ditonjolkan oleh ibu bapa itulah merupakan kisah perjalanan kehidupan anak-anak pada masa yang akan datang. Salah satu ceramah al fadhil Ustaz Abdullah khairi mengenai ibu bapa dan anak-anak ada mengatakan bahawa 'Sekiranya kita sama ada sebagai anak-anak atau ibu bapa mempunyai masalah maka baliklah rumah, duduk dan renungkan kembali apa dosa yang kita ada dengan kedua ibu bapa kita kerana dosa anak-anak kepada kedua ibu bapanya adalah merupakan antara yang dikatakan Allah s.w.t akan bayar secara cash (tunai)." Maka wajarkah masyarakat mengatakan "salah mak ayah tidak mengajar anak-anak betul-betul.." sekiranya terjadi sesuatu masalah.
Fungsi Program Cuti Sekolah September 2016 yang dianjurkan oleh kami, Global Thinkers Academy adalah untuk menyampaikan dakwah kepada mereka melalui cara perkongsian ilmu yang santai. Disamping itu, kami ingin membantu anak-anak ini dalam mengatasi masalah 'obses' dengan teknologi supaya mereka dapat menyeimbangkan diantara pembentukan kearah dunia dan akhirat. Program Cuti Sekolah September 2016 ini bertujuan untuk menyampaikan hasrat dan tujuan kehadiran kami dalam kehidupan masyarakat yang mana adalah untuk membantu para masyarakat membentuk jiwa dan akhlak khalifah muda ini dengan dakwah islamiah yang elok. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan